Apakah Kadar Pertukaran Forex?

Semasa berdagang pertukaran asing (dagangan Forex), semua dagangan Forex akan disiapkan dalam masa 2 hari bekerja dari tarikh kemasukan, seperti yang ditetapkan oleh konvensyen pasaran.

Indeks Wang Tunai dan Komoditi akan siap di hujung setiap hari perniagaan (masa server 00:00).

Vantage FX tidak terlibat dalam penghantaran dagangan fizikal, maka semua kedudukan yang masih terbuka di hujung hari dagangan akan bersambung di tarikh nilai baru dan mendapat pendedahan untuk ‘swap charge’ atau kredit.

Sila ambil perhatian: Untuk perdagangan Forex yang dibuka dari Rabu ke Khamis mengikut masa server, tarikh nilai baru menjadi Isnin, dan bukannya hujung minggu. Ini bermakna ‘rollover charge’ pada sebelah petang hari Rabu adalah tiga kali nilai biasa seperti yang ditunjukkan oleh jadual.

Oleh kerana Indeks wang tunai serta komoditi merupakan penyelesaian hari yang sama, pegangan dagangan pada hujung minggu dari Jumaat ke Isnin akan membawa tiga kali nilai biasa disebabkan ia terakru tiga hari untuk penukaran.

Sila juga ambil perhatian bahawa tidak terdapat penukaran semalaman untuk minyak mentah kerana mereka didapati secara langsung dari kontrak Futures.

Bagaimana Kadar Penukaran Forex Ditentukan?

Kadar Penukaran Forex adalah dipengaruhi oleh keadaan pasaran serta kadar faedah negara-negara berkenaan yang merupakan pasangan mata wang Forex. Kadar harian yang dilepaskan dikira oleh rakan kerjasama institusi kewangan kami dengan menggunakan analisa pengurusan risiko. Setiap pasagan Forex mempunyai kadar swap charge yang tersendiri. Faedah akan dibayar di atas matawang yang telah dijual dan diterima di atas matawang telah dibeli.

Bagaimana saya boleh mendapatkan Kadar Penukaran Forex yang Terkini?

For the most up-to-date Forex swap rates, please refer to the Market Watch panel in our . Simply follow the steps outlined below:
Untuk mendapatkan kadar penukaran Forex yang terkini, sila rujuk kepada panel Market Watch di platform MetaTrader 4 (MT4) kami. Ikutilah langkah-langkah di bawah:

  • Cari produk anda di window ‘Market Watch’. Klik kanan dan pilih ‘Simbol’.
  • Pilih produk yang anda ingin lihat dari senarai. Pilih ‘Spesifikasi’.
  • Anda boleh lihat kadar penukaran Forex untuk kedudukan panjang dan pendek, di sini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami.

Bermula dengan satu akaun demo yang percuma yang bernilai $50,000

Oops! We could not locate your form.