Akaun Islam Vantage FX

Akaun Islam Vantage FX telah disesuaikan bagi pedagang forex yang tidak boleh menerima atau membuat bayaran tukaran oleh kerana kepercayaan agama mereka, Akaun dagangan Forex ini mematuhi undang-undang Syariah dan membolehkan pedagangan Forex Islam mengambil kelebihan Vantage FX yang mempunyai kecairan bergred institusional, terus ke akaun dagangan Forex MT4 anda.

Apakah Akaun Forex Islam?

Akaun Forex Islam kadang-kadang dikenali sebagai akaun penukaran percuma. Ini adalah kerava sesorang pedagang yang menggunakan akaun Islam tidak perlu menanggung apa-apa bayaran penukaran atau faedah dari kedudukan yang mereka pegang seperti seorang pedagang Forex biasa. Sebaliknya, anda dikenakan bayaran pentadbiran bagi kedudukan anda.

Adakah anda seorang yang mengikuti kepercayaan Islam? Jika ya, Akaun Islam Vantage FX yang mematuhi Syariah adalah untuk anda. Apabila akaun dagangan Islam Vantage FX anda telah dibuka untuk jangka masa yang diperlukan, satu bayaran pentadbiran akan dikenakan dan ditolak dari baki akaun itu.

Untuk mengetahui terma lengkap mengenai bayaran pentadbiran, sila lihat mukasurat terma dan syarat-syarat.

Dagangan Islam untuk Emas dan Perak

Vantage FX dengan sukacitanya mengumumkan satu kerjasama yang ekslusif dengan Australian Gold and Silver Exchange (AGSX). Kerjasama ini amat penting di dalam membentuk penawaran dagangan Islam untuk emas dan perak. Dagangan Emas dan Perak Islam yang sebenar seharusnya mempunyai sokongan emas dan perak dalam bentuk fizikalnya, dan kerjasama dengan AGSX telah merealisasikan.

Dagangan Islam Minyak

Mengalamilah dagangan minyak dengan peraturan Islam dengan Vantage FX hari ini. Harga minyak platform MT4 Vantage FX mengikut harga futures minyak yang akan diperdagangkan di bursa futures di seluruh dunia. Berdagang minyak tanpa pertukaran positif atau negative yang terakru dengan Vantage FX. Gunakan pasaran dagangan minyak yang turun naij dengan Vantage FX hari ini.

Dagangan Indeks Islam

Dapatkan akses segera ke bursa saham indeks yang paling cair di dunia dengan akaun dagangan Forex Islam di Vantage FX anda. Dagangan indeks adalah berhubung secara terus ke pasaran saham global tanpa penukaran terakru, Sebaliknya, bayar atau menerima fee pentadbiran dari akaun dagangan forex Islam Vantage FX.

Dagangan Forex Islam

Vantage FX telah memperkenalkan pilihan akaun Islam forex, yang mematuhi sepenuhnya keperluan agama untuk ahli-ahli dari kepercayaan Islam. Semua pelanggan yang membuka akaun Islam Vantage FX tidak akan dikenakan bayaran pertukaran harian. Bayaran tukaran akan diganti sepenuhnya di platform MT4 oleh bayaran pentadbiran harian bagi semua produk dagangan Forex.
Come and experience transparent Forex trading with Vantage FX on a wide range of forex currency pairs, commodities and indices. Clients will be able to access their Islamic forex trading account via the powerful MT4 platform, as well as having the ability to trade anywhere anytime on the MetaQuotes mobile application.

Marilah dan mengalami dagangan Forex Vantage FX yang telus dengan pelbagai pasangan mata wang forex, komoditi dan indeks. Pelanggan boleh akses akaun dagangan forex Islam melalui platform MT4 yang hebat serta mempunyai kebolehan untuk berdagang di mana-mana sahaja, bila-bila masa dengan applikasi mudah alih MetaQuotes.

BUKA AKAUN ISLAM LIVE HARI INI

Islamic Forex Account FAQs

Siapa boleh menggunakan akaun Vantage FX Islam?
  • Akaun Vantage FX Islam telah direka khas bagi pedagang forex yang tidak boleh menerima atau menukar bayaran/”pay swaps” disebabkan kepercayaan agama mereka. Vantage FX menawarkan akaun Islam yang mematuhi undang-undang Syariah, memberikan pedagang Islam akses ke pasaran global dengan ketelusan dan keadilan.
Bagaimana saya boleh membuka akaun Vantage FX Islam?
  • Untuk membuka satu akaun Islam live, pelanggan Islam tersebut mesti melengkapkan satu borang online yang mudah dan memberikan dokumen ID yang diperlukan.
Bagaimana saya boleh memasukkan dana kedalam account Vantage FX Islam saya?
  • Sebaik sahaja pasukan akaun kami membuka akaun dagangan Vantage FX Islam live, pelanggan boleh memulakan pembukaan akaun hanya dengan melalui pergi ke Portal Pelanggan Selamat. Portal Pelanggn ini membolehkan pelangan memilih kaedah kemasukkan dana yang mereka ingini.
Bagaimana dana-dana diasingkan dan ring berpagar/fenced di dalam Vantage FX yang mematuhi Syariah?
  • Kami mempunyai akaun-akaun yang berasingan yang tidak akan berbaur dengan dana konvensional. Dana semua pelangan disimpan di akaun yang berasingan dengan National Australia Bank (NAB) yang bertaraf AA.
Bagaimana saya boleh keluarkan dana dari akaun Islam Vantage FX ?
  • Pelanggan Vantage FX boleh memohon untuk mengeluarkan dana mereka bila-bila masa dengan mengakseskan Portal Client mereka dan memohon permintaan pengeluaran. Semua permintaan pengeluaran akan diproses sekali sehari pada masa lebih kurang 1pm AEST. Permintaan pengeluaran yang diterima selepas masa Sydney 1pm akau secara otomatiknya diproses pada hari perniagaan yang berikutnya pada masa 1pm AEST.
Apa bayaran yang dikenakan ke atas akaun Vantage FX Islam?
  • Semua pelanggan Islam yang menggunakan akaun Islam Vantage FX akan dikenakan bayaran tadbir harian dan sebaran STP Standard.
Sebaran apa yang saya akan dikenakan bayaran di akaun Vantage FX Islam?
  • Vantage FX mengenakan bayaran ke atas sebaran STP Standard bagi semua akaun-akaun Islam.
Adakah terdapat bayaran penukaran atau faedah?
  • Tiada bayaran penukaran atau faedah. Kami kenakan bayaran pentadbiran sahaya sebagai pembelanjaan untuk menguruskan akaun anda. Kami membekalkan perkhidmatan di mana kami akan mengenakan satu bayaran tadbir/agensi yang tetap (bayaran Wakeel).
Bagaimana dagangan diproses bagi akaun Vantage FX Islam?
  • Pelanggan akan meletakkan dagangan dan Vantage FX akan memindahkan dagangan itu ke pembekal kecairan di mana perdagangan itu akan berlaku berasaskan pasaran interbank. Ini bermakna dagangan pelanggan selalu memberi kesan kepada bekalan/permintaan oleh kerana ia adalah kedudukan di pasaran sebenar.Kami boleh membuktikan dagangan mata wang yang sebenar melalui pembekal kecairan kami. Pelanggan boleh memastikan bahawa mereka sedang berdagang dalam harga sebenar dan mengakibatkan kesan terhadap harga melalui bekalan permintaan dengan kedudukan mereka. Pelanggan adalah senantiasa bertanggungjawab terhadap kesan pesanannya di dasar pasaran. Kedudukan, walaupun kecil pada masa kecairan rendah, boleh menggerakkan pasaran. Pelanggan mempunyai pemilikan penuh ke atas dagangannya berserta dengan kesannya.
Mengapa saya dikenakan bayaran pentabiran di akaun Vantage FX?
  • Ini adalah untuk memberikan akses yang adil dan telus ke pasaran dunia. Vantage FX mesti memindahkan kos yang terlibat ketika mengekalkan kedudukan terbukanya. Semua pembekal kecairan kami mengenakan suatu bayaran supaya kedudukan mereka terbuka dan kosnya di pindahkan ke pelanggan melalui bayaran bayaran Pertadbiran harian.
Pada pukul berapakan bayaran pentadbiran akan diaplikasikan ke akaun live Islam Vantage FX?
  • Vantage FX mengirakan semua bayaran pentadbiran pada pukul tangkal 0:00 masa platform bagi semua kedudukkan terbuka untuk semua akaun-akaun Islam. Bayaran pentadbiran tersebut akan diaplikasikan pada pukul 1:00 masa platform. 
Bagaimana dagangan dilaksanakan di akaun-akaun Islam Vantage FX dan adakan terdapat pemilikan sebenar (Qabdh) mata wang?
  • Vantage FX menjaminkan ketelusan mutlak dagangan. Apabila seseorang pelanggan membuka akaun dagangan Islam, Vantage FX akan menghulurkan dagangan itu ke pembekal kecairan (bank-bank) kami. Berikutan ini, Vantage FX membuka dagangan pada harga yang terbaik yang didapati di pasaran. Sama ada anda berdagang Forex, Komoditi atau pun Indeks dengan akaun Islam kami, anda boleh yakin bahawa dagangan tersebut dihulurkan ke pasaran asas dan pendedahan dagangan anda adalah sebenar. Ini merupakan syarat yang asas yang menjadikan akaun Islam kami dikawal selia oleh undang-undang Syariah.
Adakah sentiasa terdapat penglibatan Pembekal Kecairan/”Liquidity Providers” (LP) dalam model perdagangan anda?
  • Semua dana pelanggan adalah dipegang dalam akaun yang berasingan dengan National Australia Bank (NAB). Terdapat kewujudan pemilikan mata wang fizikal apabila dagangan dipindahkan kepada LP. Dari segi dagangan Islam, Vantage FX berkhidmat sebagai seorang agen (Wakeel) bagi pihak pedagang.
  • Premis model perniagaan kami di Vantage FX pada asasnya adalah berdasarkan “Straight Through Processing” (STP). Di sini, pedagang-pedagang akan dihulurkan kepada pembekal kecairan kami. Sila rujuk rajah di bawah:
  • 0616img
Adakan Vantage FX memberikan pinjaman kepada para pelanggan untuk berdagang di sesuatu akaun Islam?
  • Vantage FX tidak memberikan apa-apa pinjaman kepada pelangan. Vantage FX mempunyai margin dagangan di mana semua kewangan perdagangan adalah diberikan oleh Pembekal Kecairan yang akan mengenakan bayaran pentadbiran kepada Vantage FX.
  • Bayaran pentadbiran tersebut seterusnya dipindahkan kepada pelanggan platform MT4.
Adakan bayaran pentadbiran serta sebaran boleh dijustifikasikan untuk akaun Islam Vantage FX?
  • Vantage FX menawarkan perkhidmatan yang telah disahkan di mana mereka boleh mengenakan bayaran. Tiada terdapat pengganti untuk bayaran faedah atau penukaran seperti akaun konvensional.
Apakah produk yang berdasarkan Syariah?
  • Perhubungan di antara Vantage FX dan pelanggan adalah Wakalah/agen. Vantage FX sebagai agen yang menguruskan akaun dan mengenakan bayaran pentadbiran berdasarkan kepada suatu mandat yang telah ditandatangani. Perhubungan di antara pembekal kecairan dan Vantage FX ialah Qardh (Loan) yang diuruskan oleh suatu mandat yang telah ditandatangani. Pemegang akaun tidak perlu menandatangani mandat dengan pembekal kecairan dan mereka hanya mempunyai perjanjian dengan Vantage FX. Dagangan yang sebenar dikenaly sebagai Bay al-Sarf (currency trading).
Adakah akaun Islam Vantage FX mengikut undang-undang Syariah?
  • Di Vantage FX, kami amat bersungguh-sungguh menghasilkan akaun Islam yang pertama yang secara rasminya disahkan. Kami telah berkerjasama dengan ahli skolar syariah yang terkemuka, termasuk Sheikh Hasan Qamra, Pengerusi Lembaga Syariah yang mengikuti syarat-syarat dengan ketat beliau untuk memperolehi pengesahan rasmi yang membuktikan akaun Vantage FX mematuhi undang-undang Syariah dengan sepenuhnya.
Bagaimana saya boleh berhubung dengan Lembaga Syariah?
  • Kami mempunyai satu lembaga Syariah yang berkewibaan yang akan menjawab soalan-soalan anda. Anda boleh menghubungi: Shariah@vantagefx.com. Hanya pertanyaan mengenai perkara Syariah melalui emel akan dilayani.
Forex
  • Semua Pasangan Mata wang Forex – Pelanggan akan dikenakan/dikreditkan suatu bayaran pentadbiran harian bagi kedudukan forex yang dipegang semalaman.
Indeks
  • CHINA50 – Clients charged/credited a monthly cash adjustment for positions held over the change of contract.
  • CHINA50 – Pelanggan akan dikenakan/dikreditkan wang tunai bulanan untuk penyelarasan bagi kedudukan yang dipegang disebabkan perubahan kontrak.
Komoditi
  • Semua Futures berdasarkan Produk-Pelanggan akan dikenakan/dikreditkan wang tunai bulanan untuk penyelarasan bagi kedudukan yang dipegang disebabkan perubahan kontrak.
    o  MINYAK
    o  HO
    o  GAS
    o  TEMBAGA
    o  NG
  • Emas dan Perak – Pelanggan akan dikenakan/dikreditkan suatu bayaran pentadbiran harian bagi kedudukan forex yang dipegang semalaman.

*Pengiraan Fee Harian:
– Dikira pada masa server 0:00
– Diaplikasikan pada masa server 1:00

Rakan Kerjasama Kecairan